Visi Dan Misi

PEMANGKIN PROJEK :

Ramai Mahasiswa-mahasiswi yang masih tidak mengetahui kehadiran program-program (software) bantuan studi yang berteknologi tinggi.

Ramai yang mengetehaui kehadiran program-program (software) ini tetapi masih belum memilikinya.

Ramai yang mahu memilikinya tetapi tidak berkemampuan kerana mahal harganya atau tidak mengetahui bagaimana untuk mendapatkannya.

Ramai yang sudah memilikinya tetapi tidak tahu kaedah, kelebihan dan cara menggunakannya.

Ramai yang menangguh-nangguhkan hasrat memiliki akhirnya pulang ke Malaysia tergesa-gesa dan terlupa untuk mendapatkannya walaupun sebahagiab besar perisian-perisian tersebut adalah PERCUMA sahaja.


MISI PROJEK :

Khidmat kami adalah untuk memberi kesedaran kepada Seluruh Mahasiswa-Mahasiswi peri penting memiliki alat bantuan studi moden dan terkini.

Khidmat kami adalah untuk membantu rakan-rakan yang kurang mahir agar lebih terlatih dan terbiasa menggunakan alat bantuan studi berteknologi tinggi dengan khidmat tutorial dan khidmat bantuan pengenalan ringkas yang kami sediakan.

Khidmat kami adalah mengumpulkan seberapa banyak program-program (software) yang penting untuk bekalan seorang pendakwah walaupun se'simple' font-font jawi.

Khidmat kami adalah untuk membekalkan bahan-bahan rujukan berupa program & Perpustakaan Bergerak.

Khidmat kami adalah untuk mengumpulkan program-program (software) yang berguna hanya dalam satu Smart Mini-Hardisk.

No comments:

Post a Comment